Ketahui tentang Gout
Penyakit
Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh
hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid
urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri
utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang
tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit
gaut.
GOUT
memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang
sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah
selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila
gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga
ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh
berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout
mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit
tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan
dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia
adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai
penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil
daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut
di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan
asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur
inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah
bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain
pada kaki dan tangan.
Menurut
Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca
sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu
yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga
berisiko mendapat gout.
Aras
asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV
hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan
hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari
keluarga mereka.
Tisu lembut
Gout
boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom),
akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku
secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada
beberapa sendi.
Manakala
bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang
dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan
kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki
bengkak, merah, panas dan demam.
Pengumpulan
asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil
yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu
besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
“Selain
kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku
lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan
antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang
diserang gout akan bengkak, merah dan panas."
“Secara
semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan
daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan
terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum
pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,”
katanya.
Bagaimanapun,
bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan
kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada
pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout
palsu atau pseudogout.
Tanda-tanda
Ciri-ciri
klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut
biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75%
daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).
Faktor risiko
· Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah
penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes,
hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan
arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu
yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba
dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam
badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal
pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur — Biasanya
gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit
berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula
selepas umur putus haid.
Bila
sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa
panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan
bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Malah,
individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit
buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid
urik turut berisiko mendapat gout. .
Menurut
Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air
kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan
akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah
pinggang atau kulit.
Mewarisi
Gout
juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang.
Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama
individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout
juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah
pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan
untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti
bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman
keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Rawatan Gout? Nak tahu lanjut sila klik Diagnosis dan Kaedah Rawatan Gout
Rawatan Gout? Nak tahu lanjut sila klik Diagnosis dan Kaedah Rawatan Gout
No comments:
Post a Comment