Monday 22 April 2013

SAKIT SENDI : Punca, Simptom dan Tips Kesihatan

Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu dll. bila bergerak berlebihan? Masa tu agaknya kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi BUKAN penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia. Sekilas fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :

~ 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
~ 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
~ 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
~ Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
~ 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
~ 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca SAKIT SENDI? 

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri.

Antara punca kerosakan 

1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi.
2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan.
3. Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit.
4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan.
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi? 

1. Penyakit auto imun seperti Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
2. Gout
3. Arthrithis
4. Osteoporosis
5. Tendinitis
6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat 

1. Mudah kejang dan tegang pada sendi
2. Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
3. Bengkak pada sendi
4. Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
5. Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi 

1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :
• Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
• Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
• Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
• Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
• Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Supplemen SHAKLEE untuk kesihatan/ sakit sendi 


 

1. Joint Health Tablet 

• Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
• Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu :
- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat
• Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
• Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina

2. Omega Guard 

• Mengurangkan inflamasi
• Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
• Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans

3. Ostematrix 

• Mengurangkan inflamasi
• Mengekalkan sel tulang yang sihat
• Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
• Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
• Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan

Jom jaga kesihatan sendi. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Hadiahkan set kesihatan sendi ini kepada pasangan, ibu atau bapa tercinta...

Salfarina Samsudin
019-3493595
Mohammad Daud Amat Kamari
019-2933595

Thursday 18 April 2013

Ketahui Diagnosis dan Kaedah Rawatan Untuk Gout


Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.

Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.


Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.


Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.


Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.

Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

Diet rendah Purine:

- ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
- strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
- elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
- hadkan daging kepada satu hidangan sehari


Jangan makan!!!
- sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
- sardin
- ikan bilis
- hasil daging, consommés, dan ( gravies )


Guna secara berhemah:
- asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb

Elakkan kurang air:
- Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.

Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.


Suplemen Shaklee untuk pesakit GOUT


1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


3. Omega guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. 
Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di: 

Salfarina Samsudin : 019-3493595
Mohammad Daud Amat Kamari : 019-2933595
fb : ceria sihat cantik

Penyakit Gout Jangan Dipandang Remeh


Ketahui tentang Gout

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.



GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.



Tisu lembut
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas."

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Tanda-tanda
Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).



Faktor risiko
· Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.


Mewarisi
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
  

Rawatan Gout? Nak tahu lanjut sila klik Diagnosis dan Kaedah Rawatan Gout

Monday 15 April 2013

Bestnya Jadi Ahli Shaklee...Jom join..

Salam sayang semua =D …Buat teman-teman yang sudi datang membaca & menjengah ke blog STS (Semua Tentang Shaklee) ni Efa nak ucapkan berbanyak terima kasih. Diharap teman² sudi meninggalkan jejak di STS nie yer ;-) Ok la, hari ni EFa nk citer sikit cara² untuk menjadi ahli Shaklee dan menjadi sebahagian dari keluarga STS. Kepada teman² yang berminat nak menjadi ahli, anda akan dapat menikmati harga istimewa untuk produk yang super duper BEST dan juga faedah² lain yang tak terpk dek akal…ehe…macamana caranya? Jom kita tgk kt bawah ni ya…
Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee ?
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM670) untuk mendapat keahlian percuma.
Jika teman² nak jadi ahli dibawah group STS nie, bolehla hubungi Efa & Efa akan uruskan urusan pendaftaran anda ataupun jika nak pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID Efa 908135 sebagai sponsor/upline pun boley. Cuma di bahagian ruangan Sponsor/ Upline tu boleh la dimasukkan no. ID 908135 Efa ye ;-)

Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 (RM75) untuk kos pos sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda.

Setahun sekali ke kene bayar fee ni?
Tak perlu bayar/renew setiap tahun kecuali jika anda nak terus dapatkan majalah Shaklee Today.

Perlu Ke Maintain point dalam Shaklee?
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma nak makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 point yer ;-)
 
Wajib tak kena buat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Ehe tak perlu buat pembelian setiap bulan kalau hanya utk makan sendiri. Tapi jika serius nak buat bisnis, dah pasti setiap hari/ setiap bulan ada tempahan...kan?

Apa kelebihan menjadi ahli?
  • Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point (uv) anda sendiri. Dengan (uv) yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk tunai tanpa perlu ada downline.
  • Jika berminat untuk berbiznis, ada kelas tertutup disediakan oleh Masters. (Group Online Shaklee)
  • Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim). 
Point shaklee tu boleh redeem? Dapat apa?
Dalam Shaklee, takde sistem redeem barang ni…tapi diberi bonus dalam bentuk tunai (bank in ke bank/ check) 

Produk shaklee ada vitamin je ke?
Produk Shaklee bukan ada vitamin2 je,tapi ada skin care,air purifier,bestwater filter, laundry concentrate, dish concentrate,set diet dan macam² produk keluaran Shaklee. Boleh klik sini untuk ke laman web Shaklee.

Apa lagi kelebihan?
Dapat purchase barang2 Shaklee 15% lagi murah (anda yang membeli melalui Efa sekarang pon memang dah dapat diskaun 15% nih....tapi kalau ade ID sendiri kan senang..bleh share dgn famili & kawan2….

Perlu ke jadi member…saya bukan nak berniaga..saya nak makan je…
Kalo rasa nak makan & guna je, dan taknak buat bisnes..pun takpe..consume jerla…takda paksaan untuk buat bisnes..tp mcm Efa ckp tadi bila ada ID sendiri, boleh gune utk sendiri dan famili..kumpul2 point dapat bonus tunai dari SHAKLEE..

Kena cari downline ke bile dah jadi ahli?
Inilah keistimewaan Shaklee. Anda tak perlu bersusah payah ke sana ke sini nak cari orang untuk jadi downline anda. Tak wajib pon cari downline..Bagi yang nak buat bisnes pon, anda tak terikat dengan syarat perlu cari downline. Kerana tanpa downline pon anda boleh berjaya! Tu yang best jadi ahli Shaklee nih…Tapi kalau ada downline pon takde salahnya…kita kongsi2 kebaikan kan?

Kalau tak beli ape2 bulan tu..mati tak keahlian saya?
Tak mati pun..dan tak wajib pun beli ape2 setiap bulan..
Kesimpulannya, kalau anda dah memang consume Full Pack atau yang memang bercadang nak consume Full Pack, tak rugi pon kalau jadi ahli…berbaloi-baloi!!!

Jika berminat dan ingin Efa daftarkan sebgai ahli boleh bagi Efa details kt bwh nie yer =D

a. Nama penuh
b. IC no
c. Nama suami (jika dah berkahwin)
d. Ic suami
e. Alamat Surat Menyurat
f. 
Emel
g. No. Akaun Bank (Maybank)

Jom sertai Efa dan teman² yang lain dalam menjayakan bisnis Shaklee ini. Hanya kongsikan pengalaman anda sepanjang anda menggunakan produk ini dengan orang lain.
Call/ SMS – Efa (019-349 3595) Daud (019-293 3595)

Sunday 14 April 2013

Peppermint Ginger Plus

Shaklee Peppermint Ginger Plus
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Garlic


Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.


Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

- Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
- Menormalkan keseimbangan lipoprotein
- Menurunkan tekanan darah
- Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
- Berfungsi sebagai anti-oksidan
- Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
- Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
- Bantu rawat asthma

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.


DTX Complex

DTX Complex™ menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan. Antara kebaikannya adalah:-

- Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
- Membekalkan Antioksidan yang menyahtoksikkan hati
- Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat

*Sangat sesuai untuk mereka yang selalu mengambil makanan fast food dan makan di luar =)

Collagen Powder

Fakta - fakta tentang Shaklee Collagen Powder

- Shaklee Collagen Powder merupakan supplement kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietri RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee kira-kira 1000 dalton* dapat diserap dengan mudah dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen dalam tubuh
- Tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji benih camelia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan ekstrak kerangan ,Lactobaciliu acidophilus, Vitamin-C dan B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran
- Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda . Setiap hidanagn dipek di dalam satu uncang memudahkan anda mengunakannya secara segera pada bila2 masa

Kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder

♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan ~ 18%

Cinch Energy Tea Mix

Shaklee Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Bahan-bahannya secara details:
- Taurina
- Maltodextrin – bahan daripada jagung
- Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
- Green Tea Extract
- White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
- Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun


Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
- Anti-mikrob
- Imunostimulan
- Anticarcinogenic
- Anti-inflammatory
- Perlindungan terhadap penyakit jantung
- Anti oksidan – perlindungan dari kanser
- Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
- Mengawal kerosakan DNA
- Menurunkan paras kalori dan kolesterol
- Detoxifiers
- Stimulator tenaga & kehilangan lemak

Cinch Shake Mix


Terdapat 3 Perasa
-Cafe Latte
-Vanilla
-Chocolate

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

- Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
- Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
- Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
- Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
- Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
- Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
- Soya bukan GMO

Carotomax

- Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
- Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
- Menguatkan sistem imun*
- Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
- Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday 21 March 2013

Nutriferon



Kelebihan NUTRIFERON SHAKLEE

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.
Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.
Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.
Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.
Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
Bagaimana Nutriferon bertindak?
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
1.    Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
2.   Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
3.   Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
4.   Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
5.   40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
6.   Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.